UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :QA Mathematics
ISSN :2289-7844
Main Author :Munusamy Theinmoli, Mohamad Yatim Maizatul Hayati,
Title :Keberkesanan penggunaan kaedah Frog VLE terhadap pencapaian Matematik sekolah rendah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik pelajar Tahun Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan pelajar. Pendekatan penyelidikan kuantitatif dipilih melalui reka bentuk eksperimen. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahiran. Seramai enam puluh orang pelajar dipilih menjadi menjadi sampel kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan pencapaian Matematik yang signifikan min antara pelajar yang mengikuti pembelajaran melalui Frog VLE berbanding pembelajaran secara tradisional. Tahap kepuasan penggunaan kaedah Frog VLE adalahtinggi dan tahap kemahiran penggunaan kaedah Frog VLE adalah sederhana Implikai kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru dan dijadikan panduan memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya, kaedah Frog VLE boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dengan bimbingan guru.

References
1. Hassan, J. B. & Chung, Y. W. (2010). Keupayaan dan Kelemahan Menyelesaikan Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Universiti Teknologi Malaysia. 2. Ida Norini Mahamad Tajudin. (2013). Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan Konsep Frog VLE di Kalangan Pelajar SK Haji Mahmud Chemor Perak, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Hassan, J. B. & Chung, Y. W. (2010). Keupayaan dan Kelemahan Menyelesaikan Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Universiti Teknologi Malaysia. 4. Mohamad Azrien, Mohamed Adnan, Sharifah Sariah, Syed Hassan. (2014). A Framework for Online Instructions in Learning Arabic as a Foreign Language via Learing Management System, 4th International Conference and Exhibition on Islamic Education (ICIEd 2014), 19-24. 5. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik Yusoff, Rosnidar Mansor. (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog-VLE) dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7th International Malaysian Education Technology Convention (IMETC), 16-18 September. 6. Nurul Farhana Junus. (2013). Cabaran dalam Mengimplementasi Virtual Learning Environment (VLE) Frog dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Guru di Sekolah-Sekolah di Malaysia, (Unpublished Masters Project), UniversitiTeknologi Malaysia 7. Nurul Juzailah Jemain. (2013). Faktor-faktor Mempengaruhi VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Kertas Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris 8. Shahfiezul Shahaimi, Fariza Khalid (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG) Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia: Pelaksanaan Dan Cabaran, Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, (Disember), 16-17 9. Siti Hashidah, Mohd Nasir, Halimah & Harun. (2015). Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (FROG VLE) dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Perdagangan, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK 2015), 361-731.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)